Tuesday, May 23, 2006

Dah Mula Cuti

Esok dah mula cuti. Harini hari last aku bergelar 'cik' kat opis ni. Hari last aku duk kat umah sewa atas nama 'bujang' hehehehe. Harini dah mula dapat hadiah. Suka sangat. Thanks semua. Doakan majlis aku berjalan lancar. bila aku balik nanti, aku akan isi blog ni dengan gambar2 wedding aku. Hehheeee.

Thursday, May 18, 2006

Cerita Atas Banyak Cerita...

Dah lamer rasanya tak sentuh blog ni. Wa....banyaknya kerja nak kena buat sebelum hari penting datang. Kerja office, jangan cakapla....menimbun lagi. Adus, masa ni la rasa tak cukup tangan.
Persiapan? Ada yang gembira...ada yang sedih. Citer yang happy dulu la....last week best sangat la. Balik kampung, shopping....adus...banyak sangat habis duit...nasib baik bukan duit aku sangat...hahahahha....thanks AbangAmoy!
Citer sedih? Sedih sangat, di hari gembira ni ada juga yang terpaksa diingatkan kesedihan. Aku betul2 tak sangka...kebaikan aku disalah ertikan. Tak pernah terniat nak putuskan hubungan...apatah lagi memutuskan persaudaraan. Niat cuma menolong...tapi kadang2 manusia lupa dan sering terlupa....untuk aku bina satu hubungan baru ni...tanpa aku sedar, aku telah hilang 2 perhubungan sekaligus.Betul2 sedih.
Takut? Memang takut. Heheheheh...semua org ketawakan aku sekarang, dengki kat aku, mengata2 aku...takper...ramai yang mengejek aku nak jadi 'PUAN'. Eleh! Naper? Tak Percaya? Hahahahahha.....
Siap? Banyak lagi tak siap. Huaaaaaa...hantaran tak tau cam maner? Persiapan org datang pun tak tau cam maner? Cuma yang aku confirm mak andam n jurugambar. Clear....hehhehehe
Tensyen? Memang tensyen sangat. Adus...semua nak kena handle. Paling utama bab kewangan la....semuanya kena disediakan. Pening aku dibuatnya. Takut juga tak cukup budget.
Terima kasih kepada semua yang membantu, jasa baik semua takkan terbalas. Hanya tuhan yang mampu menilainya.Mmmmuuuaaaahhh!

Tuesday, May 09, 2006

Letihnya Buat Persiapan.

Hari Khamis.
Adus......AbangAmoy ni memang la. Tetiba jer call suruh balik Johor sebab nak interview di pejabat agama. Aku pun terus jer ambil half day. Meletihkan mengejar masa untuk tiba awal ke Johor. Sampai2...dia lak yang tak sampai. Aku relax kat umah mak Nolie. Berbual dan bincang pasal konsep hantaran. Thanks mak Arah sebab nak buatkan hantaran tu. Hehhehee....budget.
Penat2 tu, sempat gak dating ngan AbangAmoy. Best!
Hari Jumaat.
Hahahaha...bagai nak giler menghafal semua bacaan2 fardhu ain. AbangAmoy lagila takut. mesti banyak soalan yang akan di tanya. masa sampai kat pejabat agama tu siap relax jab dalam keter...aper yang nak dijawap ni? tapi bila masuk jer kat dalam pejabat tu, tup2 tok imam tu terus jer suruh tandatangan. Selesai. Kalau aku tahu, tak payah aku ketar cam tu. Hish. Ups lupa, thanks pak aji(ayah nolie) and pak samad sebab jadi saksi. Hehehhehe.
Balik tu sempat gak gi balik umah bakal mak mertua. Best giler dapat makan makanan yang sedap2. Mak andam kater aku dah turun sikit, so, boleh la aku makan banyak sikit. Hahahhaha.
Malam tu sempat lagi dating ngan AbangAmoy. Pass tu gi umah belah lelaki untuk bincang barang yang dibeli and kenduri belah sana. Huh! Nampakanya kena bersanding lagi...mesti aku penat giler. Yang tak puas hatinya, soal baju yang AbangAmoy pilih. Aderker patut pelamin hijau, nak pakai baju oren. Adus!
Hari Sabtu.
Macam orang giler aku n Nolie ulang alik ke bandar. Cari barang2 untuk alas dulang. Kitorang pun buat sndiri. Hehhehehee....yer ker? Benornyer mak yang banyak tolong. Thanks mak. luv u much! MMMMMMMUUUUAAAAAHHHH!
Bila dah siap...waduh cantik bangat. Thanks Nolie....ko ler besfren aku!
Malam tu jumpa Abg Gai...candid la Abg Gai...hehehhee...sadis betul. Mahal.....tapi cantik ...takper la Nolie kan?
Hari Ahad....
Balik kl.
Betapa penatnyer!