Wednesday, March 21, 2007

Aku Kembali....


Rasanya dah lama tak menjengah blog ni. Sebelum ni rasa malas nak godeh internet. Lagipun badan kurang sihat. Tapi sekarang, aku rasa makin bersemangat. Di tambah kebosanan mengadap kerja yang banyak....jadi aku pun singgahla kejab nak isi blog ni. Kalu rajin lain kali nanti isi lagi. Kalau malas...hehehhe.....macam tu jer la macam selalu.
Sekarang ni aku dah berstatus lain...hehehehe....'bakal ibu'...kena la dengan buku PTS yang ader cover aku tu. Aku harap semuanya berjalan lancar dan selamat. Seronok bila ader makhluk lain di dalam badan kita. Aku doakan semua kengkawan aku yang belum merasainya akan merasainya secepat mungkin. Hehehehe...tahniah pada seorang kawan tu...mengikut nampaknya. :)
Apa2 pun doakan aku berjaya mengharungi semua ini dengan tabah dan sabar untuk menambahkan seorang lagi umat Nabi Muhammad di muka bumi ini. InsyaAllah!

Membilang hari menunggu kehadiran buah hati...doakan yer!!!
Lilypie Expecting a baby Ticker

Sunday, June 18, 2006

Sunday, June 11, 2006

Cerita Di Sebalik Sebuah Majlis

Khamis, 25 Mei 2006.
Pagi tu bangun awal.Hehehe...bersihkan diri dan muka. Hari tu aku akan ambil2 gambar. Tapi malangnya gambar tu semua aku lom siap lagi. Nanti bila dah siap aku akan masukkan kat sini.


Jumaat, 26 Mei 2006.
Sedara mara dah ramai yang datang. Meriah lah umah aku. Kak noorol and Lia pun sampai. Thanks yer sebab datang awal. Kamulah kawan baikku. Hehehheee...jasa kamu akan aku kenang sampai bila2. Tapi aku sedih ramai yang tak dapat datang haritu, ada yang ada kenduri, ada yang takder kenderaan, ada yang sibuk...dan mungkin juga ada yang tak mahu datang. Takperla,,,as long kamu semua ingat, aku sudah cukup berterima kasih.Mmmmuuuuaaaahhhh!

Sabtu, 27 Mei 2006.
Sepatutnya aku nikah malam tu, tapi kerana sebab2 tertentu aku kena nikah hari ahad juga. Malam tu aku dah mula kena solek semula. Tapi yang tak bestnyer...Kak Siti tersalah soleh agaknya. Muka aku nampak kembang dan montel giler. (memang ler montel...tapi makin montel nampaknya...huhu!) Malam tu ramai rakan kerja aku datang. Terharunya. Thanks Kak Nor, Zain, Ann, Keluarga Syikin, Syikin, Izah, Fiza, Abg Faris sekeluarga...dan semua yang hadir. Sorry kalau tak terperasan or lupa nak disebutkan. Malam tu juga keluarga belah lelaki datang. Hehehhee...AbangAmoy tak dapat datang sebab tak nikah lagi. Sian dia....





Ahad, 28 Mei 2006.
Pagi ni cepat jer aku rasa. Kak siti pun datang awal. Tapi sedih sebab mlam tadi ada serangga hinggap atas muka. Ada kesan calar. Jenuh juga Kak Siti make-up bagi tak nampak. Pagi tu rombongan lelaki datang tepat masanya. Kul 10.00 semua dah berkumpul. AbangAmoy kata dia gugup duduk kat depan, tapi dengar aku ketawa2 kat dalam. Ntah..aku relax jer. Orang kata berdebar masa nak nikah. Ada yang kata sedih...tapi aku takder perasaan pun. Happy jer. Hahahhaaa...


Petang tu kami bersanding. Ramai yang datang. Tak lupa juga bos2 company aku. Thanks....! Alhamdulillah semuanya dah selesai.

Thursday, June 08, 2006

Alhamdulillah....



Alhamdulillah semuanya dah selamat. Aku dah bergelar isteri kepada AbangAmoy. Semua halangan dan semua dugaan dah berlalu. Dugaan yang baru akan aku tempuh. Baru seminggu, kita mula berjauhan semula. Sedih, tapi itulah hakikatnya. Thanks kepada semua yang datang.

Tuesday, May 23, 2006

Dah Mula Cuti

Esok dah mula cuti. Harini hari last aku bergelar 'cik' kat opis ni. Hari last aku duk kat umah sewa atas nama 'bujang' hehehehe. Harini dah mula dapat hadiah. Suka sangat. Thanks semua. Doakan majlis aku berjalan lancar. bila aku balik nanti, aku akan isi blog ni dengan gambar2 wedding aku. Hehheeee.

Thursday, May 18, 2006

Cerita Atas Banyak Cerita...

Dah lamer rasanya tak sentuh blog ni. Wa....banyaknya kerja nak kena buat sebelum hari penting datang. Kerja office, jangan cakapla....menimbun lagi. Adus, masa ni la rasa tak cukup tangan.
Persiapan? Ada yang gembira...ada yang sedih. Citer yang happy dulu la....last week best sangat la. Balik kampung, shopping....adus...banyak sangat habis duit...nasib baik bukan duit aku sangat...hahahahha....thanks AbangAmoy!
Citer sedih? Sedih sangat, di hari gembira ni ada juga yang terpaksa diingatkan kesedihan. Aku betul2 tak sangka...kebaikan aku disalah ertikan. Tak pernah terniat nak putuskan hubungan...apatah lagi memutuskan persaudaraan. Niat cuma menolong...tapi kadang2 manusia lupa dan sering terlupa....untuk aku bina satu hubungan baru ni...tanpa aku sedar, aku telah hilang 2 perhubungan sekaligus.Betul2 sedih.
Takut? Memang takut. Heheheheh...semua org ketawakan aku sekarang, dengki kat aku, mengata2 aku...takper...ramai yang mengejek aku nak jadi 'PUAN'. Eleh! Naper? Tak Percaya? Hahahahahha.....
Siap? Banyak lagi tak siap. Huaaaaaa...hantaran tak tau cam maner? Persiapan org datang pun tak tau cam maner? Cuma yang aku confirm mak andam n jurugambar. Clear....hehhehehe
Tensyen? Memang tensyen sangat. Adus...semua nak kena handle. Paling utama bab kewangan la....semuanya kena disediakan. Pening aku dibuatnya. Takut juga tak cukup budget.
Terima kasih kepada semua yang membantu, jasa baik semua takkan terbalas. Hanya tuhan yang mampu menilainya.Mmmmuuuaaaahhh!

Tuesday, May 09, 2006

Letihnya Buat Persiapan.

Hari Khamis.
Adus......AbangAmoy ni memang la. Tetiba jer call suruh balik Johor sebab nak interview di pejabat agama. Aku pun terus jer ambil half day. Meletihkan mengejar masa untuk tiba awal ke Johor. Sampai2...dia lak yang tak sampai. Aku relax kat umah mak Nolie. Berbual dan bincang pasal konsep hantaran. Thanks mak Arah sebab nak buatkan hantaran tu. Hehhehee....budget.
Penat2 tu, sempat gak dating ngan AbangAmoy. Best!
Hari Jumaat.
Hahahaha...bagai nak giler menghafal semua bacaan2 fardhu ain. AbangAmoy lagila takut. mesti banyak soalan yang akan di tanya. masa sampai kat pejabat agama tu siap relax jab dalam keter...aper yang nak dijawap ni? tapi bila masuk jer kat dalam pejabat tu, tup2 tok imam tu terus jer suruh tandatangan. Selesai. Kalau aku tahu, tak payah aku ketar cam tu. Hish. Ups lupa, thanks pak aji(ayah nolie) and pak samad sebab jadi saksi. Hehehhehe.
Balik tu sempat gak gi balik umah bakal mak mertua. Best giler dapat makan makanan yang sedap2. Mak andam kater aku dah turun sikit, so, boleh la aku makan banyak sikit. Hahahhaha.
Malam tu sempat lagi dating ngan AbangAmoy. Pass tu gi umah belah lelaki untuk bincang barang yang dibeli and kenduri belah sana. Huh! Nampakanya kena bersanding lagi...mesti aku penat giler. Yang tak puas hatinya, soal baju yang AbangAmoy pilih. Aderker patut pelamin hijau, nak pakai baju oren. Adus!
Hari Sabtu.
Macam orang giler aku n Nolie ulang alik ke bandar. Cari barang2 untuk alas dulang. Kitorang pun buat sndiri. Hehhehehee....yer ker? Benornyer mak yang banyak tolong. Thanks mak. luv u much! MMMMMMMUUUUAAAAAHHHH!
Bila dah siap...waduh cantik bangat. Thanks Nolie....ko ler besfren aku!
Malam tu jumpa Abg Gai...candid la Abg Gai...hehehhee...sadis betul. Mahal.....tapi cantik ...takper la Nolie kan?
Hari Ahad....
Balik kl.
Betapa penatnyer!